Wednesday, February 25, 2009

Mengapa Singapura memerlukan Pertahanan Mutlak? Huraikan sebab-sebabnya.

Singapura memerlukan pertahanan mutlak kerana ia adalah negara yang kecil dan perlukan orang untuk selamatkan negara kami jikalau ada peperangan di Singapura.Selepas kejadian Jepun yang menyerahkan Singapura,Singapura telah belajar bahawa mereka tidak boleh bergantung pada negara lain.

Jikalau Singapura tidak ada pertahanan mutlak,ia tidak akan menjadi damai dan selalu ada pergaduhan di negara itu.Dalam pertahanan mutlak terdapat lima aspect.Ia adalah pertahanan social,pertahanan psikologi,pertahanan ekonomik,pertahanan sivil dan pertahanan tentera.

Pertahanan sivil ialah memberi pertolongan seperti makanan, pakaian seharian dan sebagainya kepada orang tua yang tinggal bersendirian. Bukan itu sahaja, contohnya ada kejadian tsunami, pihak sivil menolong mereka yang sedang ada di negara tersebut.

Pertahanan sosial pula ialah pergaulan antara bangsa-bangsa lain. Setiap warga Singapura harus memainkan peranan yang amat penting untuk mengadakan keharmonian di Singapura. Jika ada pergaduhan antara bangsa-bangsa yang lain, negara kita tidak aman. Sebab itulah, kita tidak harus gadoh antara bangsa-bangsa yang lain.

Pertahanan psikologi ialah dimana rakyat Singapura harus bangga terhadap negara mereka sendiri. Dengan berasa bangga terhadap negara mereka, negara mereka akan dapat berdiri dengan tegak dan tidak ada banyak pergaduhan.

Pertahanan ekonomik juga penting untuk kemajuaan Singapura.Jikalau mereka tidak ada ekonomik,mereka akan menjadi tidak berguna kerana Singapura tiada apa-apa untuk mendapatkan duit dari negara lain.

Terakhir ialah pertahanan tentera.Jikalau Singapura tiada ini dan Singapura ada pergaduhan anatara negara lain,Singapura akan terjatuh.Singapura harus mempertahankan negeri kita sendiri untuk melindungi dari apa sahaja ancaman yang terjadi.

Tuesday, February 24, 2009

Remaja dan Jenayah

Tahun ini,ramai remaja sering membuat jenayah.Mereka mungkin membuat sedemikian kerana tidak ada kerja lain yang berfaedah.Baru-baru ini,seorang inspektor dari Balai Polis Simei membuat presentasi kepada seluruh Sekolah Menegah East Spring tentang jenayah.Inspektor itu memberitahu kami tentang jenayah-jenayah yang sering dilakukan oleh remaja.

Ada diantar mereka ialah pencurian.Kes pencurian telah meningkat dari remaja-remaja pada tahun ini.Mereka suka curi barang-barang orang lain yang dibiakan terdedah.Remaja-remaja ini sering pergi ke pusat membeli belah dan menunggu masanya untuk mencuri dompet orang lain.Kes pencurian adalah jenayah yang paling tinggi diantara remaja-remaja di Singapura.

Merokok juga adalah salah satu dari jenayah yang remaja-remaja sering buat.Mereka merokok kerana terlalu stress atau dia selalu mengikuti kawannya merokok kerana die berfikir merokok itu boleh membuat ramai orang suka dia.Jikalau orang itu merokok,mereka sedang menghabiskan duit mereka dan hendak mati cepat kerana merokok meyebabkan hatinya mati cepat.

Masalah yang terakhir ialah rusuhan.Remaja-remaja sekarang suka merusuh pada masalah yang amat kecil.Mereka tidak suka berbual dahulu dan sering suka bergadoh antara satu sama lain.Jika mereka membuat sedimikian,mereka bukan sahaja akan memusnahkan diri mereka tetapi juga memusnahkan hidup orang lain.

Tuesday, February 3, 2009

Azam Tahun Baru

Kini tibalah tahun 2009.Masa berlalu dengan sungguh cepat.Aku rasa baru semalam aku telah memasuki sekolah menegah.Azamku untuk tahun ini adalah untuk mendapat ilmu dari cikgu-cikgu di sekolah menegah east spring dan untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Azamku bukan sahaja dari aspek pelajaran,tetapi juga dari aspek keluarga.Aku hendak menjadi anak yang soleh kepada ibubapaku.Aku hendak mereka bangga terhadap diriku dan tidak kecewa.

Aspek yang terakhir ialah untuk berubah perangaiku.Aku tidak mahu menjadi pelajar yang tidak nakal dan tidak berjaya dalam mata perlajaran.Aku tidak mahu kerana perangaiku membuat cikgu-cikgu dengki terhadapku.