Singapura memerlukan pertahanan mutlak kerana ia adalah negara yang kecil dan perlukan orang untuk selamatkan negara kami jikalau ada peperangan di Singapura.Selepas kejadian Jepun yang menyerahkan Singapura,Singapura telah belajar bahawa mereka tidak boleh bergantung pada negara lain.
Jikalau Singapura tidak ada pertahanan mutlak,ia tidak akan menjadi damai dan selalu ada pergaduhan di negara itu.Dalam pertahanan mutlak terdapat lima aspect.Ia adalah pertahanan social,pertahanan psikologi,pertahanan ekonomik,pertahanan sivil dan pertahanan tentera.
Pertahanan sivil ialah memberi pertolongan seperti makanan, pakaian seharian dan sebagainya kepada orang tua yang tinggal bersendirian. Bukan itu sahaja, contohnya ada kejadian tsunami, pihak sivil menolong mereka yang sedang ada di negara tersebut.
Pertahanan sosial pula ialah pergaulan antara bangsa-bangsa lain. Setiap warga Singapura harus memainkan peranan yang amat penting untuk mengadakan keharmonian di Singapura. Jika ada pergaduhan antara bangsa-bangsa yang lain, negara kita tidak aman. Sebab itulah, kita tidak harus gadoh antara bangsa-bangsa yang lain.
Pertahanan psikologi ialah dimana rakyat Singapura harus bangga terhadap negara mereka sendiri. Dengan berasa bangga terhadap negara mereka, negara mereka akan dapat berdiri dengan tegak dan tidak ada banyak pergaduhan.
Pertahanan ekonomik juga penting untuk kemajuaan Singapura.Jikalau mereka tidak ada ekonomik,mereka akan menjadi tidak berguna kerana Singapura tiada apa-apa untuk mendapatkan duit dari negara lain.
Terakhir ialah pertahanan tentera.Jikalau Singapura tiada ini dan Singapura ada pergaduhan anatara negara lain,Singapura akan terjatuh.Singapura harus mempertahankan negeri kita sendiri untuk melindungi dari apa sahaja ancaman yang terjadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment