Tajuk: Gambarkan suasana yang kamu lihat di sebuah pusat makanan yang kamu suka kunjungi di negara ini. Selain itu, ceritakan juga tentang perasaan dan pengalaman kamu semasa berada di sana.
Aku datang bersama keluargaku. Tempatnya riuh kelihatan kanak-kanak berlarian. Pelayan memekik memesan pesanan pelanggan. Kelihatan muka pelanggan berubah menanti pesanan mereka. Mereka nampaknya tidak begitu sabar menenti.
Bau di suasana pusat makanan itu sangat harum. Terbau nasi ayam, satay, mee rebus dan macam-macam lagi. Aku ingin memesan sepinggan nasi ayam penyet dan segelas bandung. Aku pun memanggil seorang pelayan dan memesan pesananku. Pelayan itu berbaju tidak teratur dan rambutnya berselerak. Aku agak dia sudah penat melayan pelanggan-pelanggan yang datang.
Simpang Bedok tempat aku mengalas perutku. Walaupun tempatnya penuh aku tetap dapat mencari tempat duduk. Akhirnya pesananku pun tiba. Aku pun mula menjama makanan itu dan menogok air itu. Selepas selesai makanan itu, aku memerhatikan orang di sekelilingku. Aku terlihat orang berkhusyuk menonton bola di televisyen yang disediakan. Ada yang bermuka sayu sambil makan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment